Akhirnya Laptop Saya Kembali Pulih! Pengalaman Saya di Uztech Solution Bangi

Photo by Mikhail Nilov

Akhirnya... laptop saya kembali berfungsi seperti biasa! Phewww

Setelah beberapa bulan, saya mengunakan external keyboard disebabkan beberapa keypad keyboard saya tidak berfungsi dah. Tekan-tekan tak keluar apa!

Saya ingat problem ni sebab ada masalah software ke apa, jadi saya cubalah berbagai troubleshoot sendiri tapi tak juga masalah selesai. 

Sebagai seorang yang suka menulis(menaip) mengunakan laptop, keypad ni kena berfungsi dengan baik, kalau tak boleh jadi stress juga. Lagi-lagi external keyboard saya tu kadang-kadang meragam, tak tahu kenapa macam tu. Check device nya okay saja, connection kadang-kadang hilang... Bila keyboard tak berfungsi dengan baik, agak susah lagi-lagi apabila idea mencurah-curah, aiyaaa tertahan-tahan dah.

Selepas beberapa bulan survey kedai mana yang boleh baiki laptop saya dan saya rasa harga berpatutan, saya akhirnya dapat tau ada kedai Uztech Solution Bangi.

Saya dah whatsapp mereka sebelum ni, lama juga lah, dua bulan lepas kalau tak silap... tak ingat hahah, syukur diorg menjawab pertanyaan saya dengan baik. Saya tanya harga dan lama tak baiki. Memang pantas servis mereka.

Saya menjangkakan proses pembaikan akan mengambil masa yang lama, perlu simpan laptop di kedai tetapi ternyata ia jauh lebih cepat daripada yang saya sangka, dalam 3-5 jam sahaja. Bagi saya yang menggunakan laptop setiap hari untuk bekerja, servis yang pantas memang sangat membantu.

Selain itu, mereka juga memberikan penerangan yang jelas tentang masalah laptop saya dan berkomunikasi dengan baik sepanjang proses pembaikan. Ini membuatkan saya lebih yakin bahawa laptop saya berada di tangan yang betul.


Laptop Kembali Berfungsi Seperti Biasa

Apabila saya mengambil semula laptop tersebut, perkara pertama yang saya lakukan ialah menguji semua kekunci pada keyboard.

Syukur, semuanya berfungsi dengan sempurna! Yeahhhh

Perasaan lega itu memang sukar digambarkan. Barulah saya sedar betapa besarnya peranan sebuah laptop dalam kehidupan seharian saya.


Adakah Saya Mengesyorkan Uztech Solution Bangi?

Ya, sudah tentu.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, servis mereka sangat memuaskan terutamanya dari segi kepantasan dan profesionalisme.

Jika anda berada di sekitar Bangi, Kajang atau kawasan berhampiran dan sedang mencari tempat untuk membaiki laptop, boleh cari Uztech Solution Bangi adalah salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.


Pengajaran yang Saya Pelajari

Pengalaman ini mengajar saya bahawa kita sering mengambil mudah perkara yang kita gunakan setiap hari. Hanya apabila laptop mula bermasalah, barulah kita sedar betapa pentingnya ia dalam rutin harian.

Kini laptop saya sudah kembali pulih, dan saya boleh kembali bekerja, menulis artikel untuk Borneo Working Mom, serta menghasilkan lebih banyak kandungan tanpa perlu risau tentang keyboard yang tidak berfungsi.

Terima kasih kepada Uztech Solution Bangi atas servis yang pantas dan profesional. Semoga perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang sedang mencari tempat membaiki laptop di sekitar Bangi.

0 comments