Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung sebelah suami setelah satu tahun kami kembali ke Kajang,Selangor. Perasaan dia lain macam sikit kali ini sebab tiada suda rasa kecewa,marah serta sedih. Kali ini, saya akui sudah rasa damai. Mesti kamu tertanya-tanya kan, kenapa title blog post kali ini macam lain macam? hahaa takda apa-apa juga. Saya saja nak kongsikan tips balik kampung suami especially kita yang berkahwin dengan orang selain dari kampung sendiri.
Sejujurnya sangat-sangat sukar ye!
Kalau boleh, nak di kampung sendiri saja everytime balik tetapi yelah, suami pun ada keluarga juga jadi perlu juga dia balik menjenguk dan balik ke rumah sendiri setelah sekian lama. Bagi saya dan suami, kami balik bergilir-gilir ataupun kalau kami panjang cuti, kami akan balik dua-dua kampung juga.
Panjang pula ceritanya, tipsnya mana?
#1 Enjoy the moment
Saya masih ingat betapa stressnya saya fikir apabila balik kampung sebelah suami, al-maklumlah diri ini bukan rajin. Kalau dah di rumah tu, kemalasan tu 2x ganda daripada biasa hahaa. Tapi bila dah jadi isteri orang, balik pulak rumah suami, kenalah kuatkan semangat untuk rajin. Saya ada juga kadang-kadang bermalasan, bangun lambat semestinya hahaha, saya tak bangga dengan ini tetapi inilah saya hahaha. Setelah lebih 5 tahun kami berkahwin, saya enjoy juga balik kampung sebelah suami. Saya gembira melihat dia gembira bersama-sama family dia dan saya gembira dia kembali ke rumah sendiri,
#2 Relax
Janganlah gelabah apabila balik kampung sebelah suami. Relax saja, anggap saja macam balik rumah sendiri dan berjumpa dengan mak bapak sendiri. Kalau ada kekurangan sekalipun, it's okay.Relax saja. Seperti tips #1, enjoy the moment.
#Rajin-rajinlah membantu dan bersosial
Yang ini, saya akui saya agak kurang...hahaha, ada hari yang saya suka bersosial, ada hari saya rasa tidak mahu sebab saya tidak tahu mau cakap apa atau mau buat apa. Hal membantu pula, saya honestly tak lah terpaling rajin tapi saya cuba sebaiknya. Tapi, apabila mengantuk saya dah datang, susah dibendung hahahhaaa
Saya kepilkan gambar-gambar time balik kampung hari tu. Pemandangan yang sama tetapi saya menghargai setiap momen ini.
0 comments