Saya rasa ini lah blog post yang paling saya excited nak tulis so far! 😭✨
Saya tak sabar nak tulis, tetapi semalam terlalu letih selepas balik kerja, jadi tak sempat. Pagi-pagi hari ni, saya menyempatkan diri untuk tulis mengenai pengalaman ini, takut terlupa nanti…
Rakan-rakan sekerja saya yang pernah bekerja dengan saya sebelum ini, especially semasa di Sony, mesti dah tahu betapa teruknya public speaking saya dan betapa nervousnya saya bila kena bercakap depan ramai orang. Teringat dulu mula-mula kerja, slide pun banyak animation, hahahaha!
Seiring masa, saya sedar saya tak boleh lari daripada public speaking. Sebagai working mom, public speaking memang menjadi salah satu skill yang perlu saya kuasai sebab saya bekerja dengan ramai orang. Selepas saya kembali bekerja pada September 2025, saya nekad: saya tak mahu takut untuk public speaking lagi. Saya tak mahu sentiasa rasa takut bila kena present atau bercakap depan orang.
Of course, saya tak terus jadi 100% confident dan bebas nervous, saya masih berasa nervous. Tapi sekarang, saya tahu nervous itu normal, tanda kita sedang push diri untuk grow.
Baru-baru ini, sistem yang kami jaga telah Go Live, membawa banyak perubahan besar. Ramai pengguna kurang mahir dengan sistem baru, jadi kami mendapat beberapa jemputan untuk buat training dan sharing. Sebelum ini, kebanyakan sesi adalah secara virtual melalui Webex atau Teams, saya dah biasa buat public speaking virtual, dan masih nervous, tapi okay lagi.
Minggu ni, team kami dijemput untuk buat training secara fizikal, face to face dengan pengguna. Maksudnya, memberi ilmu, menjawab soalan secara langsung, guna mikrofon, big projector, big venue, dan paling penting… semua audience adalah golongan pekerja profesional.
Saya sangat-sangat bersyukur kerana diberi peluang dan amanah untuk menjalankan tugas ini. 🙏✨
Dari Nervous ke Excited
Sebelum mula, hati saya memang berdebar-debar. Tangan berpeluh, otak ligat fikir “Apa kalau tersilap?” Tapi di sebalik semua itu, ada rasa excited. Macam tak percaya saya sendiri boleh rasa excited untuk bercakap depan ramai orang!
Itulah growth. Kadang-kadang kita takut dulu, tapi bila kita push diri, pengalaman yang kita tak sangka pun boleh jadi enjoyable.
Kenapa Public Speaking Penting Untuk Working Mom
Meningkatkan Keyakinan Diri
Balik kerja selepas cuti atau maternity leave memang mencabar. Public speaking bantu kita rasa yakin dengan diri sendiri, keyakinan yang boleh transfer ke semua aspek kerja dan kehidupan.Memudahkan Komunikasi & Kerjasama
Sebagai working mom, kita kerap sampaikan idea atau represent team. Bila kita pandai bercakap, kerja lebih lancar, semua faham mesej kita dengan jelas.Menunjukkan Profesionalisme & Kepimpinan
Berani bercakap depan ramai tunjukkan kita bukan sahaja hardworking tapi juga capable & confident.Menjadi Inspirasi Untuk Working Mom Lain
Setiap kali kita berani ambil peluang, kita jadi contoh untuk working mom lain yang masih belajar atau rasa takut.
Tips Untuk Pandai Public Speaking
Kenali Audience Kamu — Faham siapa yang akan dengar supaya mesej relevan.
Practice, Practice, Practice — Latih diri depan cermin, rakam diri, atau minta kawan dengar.
Mulakan Dengan Hook atau Cerita — Cerita peribadi/fakta menarik buat audience engage dari awal.
Gunakan Bahasa Badan & Eye Contact — Gestures, senyuman, eye contact bantu connect dengan audience.
Terima Nerves Sebagai Normal — Rasa nervous tanda kamu akan berkembang. Jangan lari, embrace it!
Keep It Simple & Clear — Point utama mesti jelas supaya audience faham mesej.
Refleksi & Perbaiki — Setiap pengalaman adalah latihan untuk jadi lebih baik di masa depan.
Kata Semangat Untuk Kita, Working Mom
Dear fellow working mom,
Kalau kamu baru kembali bekerja atau masih belajar bercakap depan ramai, ingat ini:
Nervous itu normal. Jangan takut.
Setiap percubaan buat kamu lebih confident.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Kita semua ada pace masing-masing.
Public speaking bukan sahaja skill kerja, tapi skill hidup.
Hari ini saya belajar: fear is just a signal, excitement is growth. Kalau saya boleh, kamu pun boleh. 💪
Kita, working moms, sedang menulis versi terbaik diri sendiri, step by step. Jangan takut ambil peluang, jangan malu untuk terus belajar.
Good job, dear self. Hari ini bukan sekadar bercakap, tapi conquer fear! ✨🤍
0 comments