Selepas saya kehilangan kerja, kami sekeluarga berpindah ke rumah kami di Kajang dari KK dan saya perah otak juga memikirkan macam mana nak menjana pendapatan dari rumah semasa saya mencari pekerjaan baru lagi. Idea tidak datang secara tiba-tiba. Saya cuba macam-macam seperti jual sambal, jual barang makanan Borneo, buat affilliate di TikTok & Shopee. Tidak semua membuahkan hasil overnight, memang memerlukan masa. Tetapi, saya tetap berusaha untuk consistent dan tidak mahu give up. Memang sangat-sangat sukar...
Setiap kali tiba hujung bulan dimana sebelum ini, hujung bulanlah masa paling excited sebab dapat gaji tetapi kali ini, saya rasa berdebar-debar sebab fikir macam mana nak bayar segala commitment yang ada. Saya ada tebalkan muka juga minta bantuan daripada keluarga dan kawan sebab kadang-kadang tidak cukup tetapi sangatlah memalukan rasa. Saya cuba berunding dengan bank untuk commitment paling besar saya... jalan dia sangat-sangatlah sukar. Rasa kehilangan harapan...
Di church kami, kami ada buat potluck setiap kali hujung bulan. Tiada paksaan untuk bawa tetapi saya segan jugalah tidak bawa apa-apa. Tetapi, kali ni, saya rasa tidak tau apa mau bawa untuk potluck church. Saya tidak adalah budget untuk beli barang-barang makanan di supermarket.Dalam keserabutan itu, saya kemas-kemaskan barang-barang didapur, bukan tujuan untuk mencari inspirasi menu tetapi tengah serabut fikir. Dan saya jumpa plastik aiskrim dalam satu kotak saya yang saya simpan baik-baik sebelum pindah ke KK last year. Saya pun terfikir maybe boleh buat aiskrim sebab biasanya kurang orang bawa dessert.
Saya buka tiktok dan cari resepi simple buat aiskrim Malaysia dan saya jumpa seseorang ni di tiktok sharing macam mana nak buat aiskrim dan sebenarnya saya dah saved dia sebelum ni so saya follow resepi dia.
Disinilah bermula journey saya membuat dan menjual aiskrim Malaysia. Saya sangat-sangat bersyukur saya jumpa satu punca rezeki untuk mencari duit sementara tidak bekerja lagi. Bolehlah saya cukupkan membayar apa yang perlu. Syukur.
Jadi, saya kongsikan resepi ini supaya ibu-ibu/bapa-bapa yang sedang berjuang untuk mencari rezeki untuk keluarga boleh cuba usahakan ini. Nampak kecil tetapi besar effect kepada semangat berjuang kita.
Jika nak tengok video macam mana buat, boleh check di TikTok saya (@estellepayaroni) atau YouTube (@estellepayaroni). Saya harap membantu anda.
Resepi Aiskrim Malaysia Gebu Gebas (dalam 50 batang utk plastik 2x8)
Bahan-bahan:
2 tin susu pekat manis(tin yang kecil tu)
2 tin susu cair (tin yang kecil tu)
8 tin air masak *Guna tin susu untuk sukat
6 sudu besar tepung jagung (rahsia gebu) *Kasi gunung sikit pun okay.
Perasa & pewarna pilihan (coklat, jagung, sirap bandung, Milo dll)
Plastik aiskrim Malaysia
Cara membuat:
Dalam periuk besar, masukkan susu pekat, susu cair dan air masak. Kacau hingga sebati.
Note: Jangan buka api lagi time ni, kacau sebati dulu.
Nyalakan api dan masak campuran di step 1 sampai mendidih. Setelah mendidih, letakkan tepung jagung yang telah dilarutkan dalam air masak. Kacau hingga sebati dan masak sampai 10 minit, jangan lupa kacau-kacau supaya tidak hangus dibawah ya.
Sejukkan sampai jadi sejuk sama suhu ruangan.
Bahagikan adunan mengikut perasa pilihan. Kacau rata setiap bahagian.Masukkan dalam plastik aiskrim, ikat kemas.
Bekukan sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman.
Tip rahsia gebu:
Air mesti yang telah masak supaya tekstur lebih fluffy.
Pastikan tepung jagung betul-betul larut sebelum letak dalam adunan yang mendidih.
Pesanan Semangat untuk Ibu-ibu
Saya tahu rasa hilang arah itu macam mana. Rasa macam dunia berhenti untuk kita, tapi orang lain terus bergerak.
Tapi satu perkara saya belajar, kita boleh pilih untuk terus duduk dalam kesedihan, atau kita boleh mula ambil langkah kecil untuk bangkit.
Aiskrim ini mungkin cuma manis di lidah, tapi bagi saya ia manis di hati.
Kerana dari sinilah saya jumpa semula semangat, keyakinan, dan rasa berguna untuk keluarga.
Kalau hari ini awak rasa buntu, cuba lihat sekeliling. Mungkin rezeki awak ada di dapur.
Mungkin rezeki awak bermula dari sesuatu yang nampak kecil, tapi memberi impak besar.
Terus semangat moms!
Love,
Aya of Borneo Working Mom 💝
0 comments